Monday 16 November 2015

CIRI CIRI USAHAWAN YANG TERDAPAT PADA DR ROZMEY

a) Jaringan 

Jaringan usahawan bermaksud semua hubungan yang dibentuk dan dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan manusia disekelilingnya untuk faedah bersama. Dalam menubuhkan perniagaan, Dr. Rozmey turut mempunyai jaringan yang luas yang mempunyai kelebihan persaingan yang kuat. Antara tiga jenis jaringan utama yang digunakan oleh Dr. Rozmey ialah jaringan peribadi, jaringan awam dan jaringan perniagaan. 
Pertama sekali, jaringan peribadi merupakan salah satu jaringan yang digunakan oleh Dr. Rozmey dalam menjalankan perniagaan beliau. Secara umumnya, jaringan peribadi merupakan jaringan yang tidak formal iaitu yang melibatkan hubungan secara langsung dan bersemuka antara usahawan dengan pihak tertentu seperti ibu bapa, rakan-rakan, keluarga, bekas guru atau pensyarah, ahli-ahli persatuan sosial dan kumpulan belia. Dr Rozmey Che Din mempunyai jaringan peribadi yang utuh bersama keluarga terutamanya arwah isteri beliau, NoorHalawiah Abdullah Shukri. Isteri beliau yang juga seorang eksekutif dalam syarikat HerbaPrima Marketing Sdn Bhd banyak memberi sokongan moral, tenaga kerja, nasihat dan maklumat perniagaan kepada Datuk Dr Rozmey Che Din dalam pembangunan syarikat itu. 
Selain itu, Dr. Rozmey turut menggunakan kaedah jaringan awam dalam menjalankan perniagaan beliau. Jaringan awam merujuk kepada sumber awam yang digunakan oleh usahawan. Antaranya ialah majalah-majalah, surat khabar, buku-buku, televisyen, radio, video, internet dan bahan lain yang dapat dimanfaatkan oleh usahawan untuk pembangunan perniagaan. Di samping itu, program latihan, seminar dan bengkel serta persatuan turut merupakan sumber yang dapat digunakan dalam kaedah ini. Melalui kaedah ini, ia dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pengetahuan, mendapatkan maklumat serta sebagai perantaraan dengan pihak-pihak tertentu. Datuk Dr Rozmey Che Din menggunakan surat khabar dan internet sebagai medium utama beliau untuk mewujudkan jaringan awam. Hal ini menyebabkan syarikat Herba Prima Marketing Sdn Bhd berkembang secara mendadak apabila medium media cetak yang digunakan Dr Rozmey untuk mencanang kejayaan testimoni mendapat maklum balas diluar jangkaan sehingga memaksa beliau untuk meningkatkan perkhidmatannya termasuklah memperkenalkan sistem belian online.
Akhir sekali, jaringan perniagaan atau turut dikenali jaringan formal iaitu merujuk kepada hubungan yang secara amnya berasaskan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan. Ia merupakan hubungan usahawan dengan pihak-pihak di luar organisasi perniagaan. Pihak yang terlibat dengan usahawan dalam jaringan ini antaranya ialah pelanggan, pembekal, bank, akauntan, kerajaan, persatuan perniagaan, badan-badan profesional dan seumpamanya. Dr Rozmey telah menjalinkan jaringan perniagaan bersama Jitra Medical centre (JMC) pada permulaan perniagaan beliau. Hasil dariapada jaringan ini, Dr Rozmey telah mendapat kemudahan fasiliti iaitu pejabat untuk beliau memulakan empayar perniagaannya. Selain itu, Dr Rozmey mewujudkan hubungan perniagaan dengan pelanggan-pelanggan beliau melalui program testimoni pelanggan dan akademi langsing yang dianjurkannya. Hal ini menyebabkan dapat memberi impak yang sangat besar kepada prestasi syarikat beliau apabila pelanggan yang tampil untuk melakukan testimoni menunjukkan keberkesan produk-produk beliau dalam menanggani masalah kesihatan tertentu. 
b) Proaktif
Dr Rozmey juga merupakan seorang usahawan yang memiliki ciri usahawan berjaya iaitu proaktif. Proaktif merujuk kepada sikap positif dalam merangka dan mengawal tindakan jauh lebih awal daripada jangkaan berlakunyaa sesuatu perkara atau kejadian.  Sikap proaktif juga membuatkan seseorang usahawan itu sentiasa mencari idea baru untuk menambahbaik produknya atau menghasilkan produk yang baru bagi syarikatnya.  Selain itu, usahawan tersebut juga mampu menyesuaikan dirinya dengan sebarang perubahan persekitaran.  Ciri proaktif juga membolehkan usahawan tersebut peka untuk menghasilkan produk untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
Beliau telah menghasilkan beberapa Produk kesihatan untuk membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan dan juga kecantikan.  Antara produk yang dihasilkan ialah Jus Diet Mate 5, Dr ll, Doc-k dan Dr-Betes.  Produk tersebut merupakan produk kesihatan dan kecantikan yang telah dihasilkan oleh Dr Rozmey.  Produk ini juga mendapat permintaan yang tinggi oleh orang ramai. 
c) Berwawasan
Ciri-ciri seterusnya yang dimiliki oleh dR.Rozmey yang membuatkannya berjaya dalam perusahaanya ialah beliau merupakan seseorang yang berwawasan. Berwawasan bermaksud seseorang yang mempunyai matlamat dalam hidup dan sentiasa teguh walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam menjayakan matlamatnya itu. Sebagai contoh, dR.Rozmey, dalam proses pembinaan empayar perniagaan beliau di dalam Herba Prima Marketing Sdn Bhd, beliau telah menerima pelbagai kritikan dan tohmahan daripada masyarakat sekeliling. Banyak pihak yang cuba memberi komen yang negatif terhadap dirinya dan produk-produk yang dihasilkannya serta ingin menjatuhkan mentaliti usahawan tersebut. Namun begitu, beliau langsung tidak terganggu dengan tohmahan dan kritikan tersebut malah menjadikan ia sebgai pembakar semangatnya untuk menaikkan lagi empayar yang dibina bersama arwah isterinya yang tercinta. Walaupun produk-produk yang dipasarkannya dikritik oleh sesetengah pengguna, ia langsung tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk terus memperbaiki dan mempertingkatkan mutu produk-produk beliau. Hasil daripada keteguhan beliau dalam memasarkan produknya, kejayaan demi kejayaan tercipta apabila produk HPM beliau terutama Jus Mate 5 mula memberi ganjaran terhadap penggunanya. 
d) Mengambil risiko terbuka
Usahawan yang ingin berjaya pada abad-21 juga perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa hukum umum bagi sesuatu risiko, ialah semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangannya. Namun begitu, pada abad ke-21 kini, seseorang usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan. Sebagai seorang usahawan yang berjaya Dr Rozmey sentiasa memandang ke hadapan dan menjadikan pengalaman lampau sebagai satu pengalaman. Dalam dunia perniagaan terdapat pelbagai risiko yang harus di ambil oleh seorang usahawan begitu juga dengan Dr. Rozmey. Sebagai contohnya Dr Rozmey mengambil risiko yang dikira mustahil bagi orang lain iaitu dengan menceburkan diri dalam bidang perfileman.Walaubagaimana beliau tetap berusaha dengan gigih dan berfikiran positif untuk memastikan langkah tersebut berjaya. Beliau yang telah berjaya menempa nama dalam produk pelangsingan badan telah mengambil risiko dengan menceburkan diri dalam bidang yang baru sebagai salah satu dari cabang perniagaannya. Kini beliau telah berjaya memiliki sebuah syarikat produksi filem yang di kenali sebagai dr Movie Production dan filem sulung terbitannya yang bertajuk 2 Alam telah ditayangkan pada september 2010. Dr Rozmey berpendapat bahawa perniagaan merupakan satu risiko dan beliau tidak gentar untuk menceburkan diri ke dalam bidang yang baru kerana bagi beliau berani mencuba merupakan salah satu pengangan untuk berjaya. 
e) Berorientasikan hasil 
Antara ciri yang ada pada Datuk Dr. Che Rozmey Che Din ialah berorientasikan hasil yang bermaksud minda dan tindakan yang berfokus kepada hasil dan impak. Elemen penting bagi mencapai berorientasikan hasil dalam menjalankan tugas adalah SMART iaitu specific, measurable, achievable, realistic dan timeline. Hal ini bermakna PANS perlu memastikan setiap tindakan yang diambil perlu dirancang dengan teliti dengan mengambil kira semua elemen ini dan bukan bertindak secara melulu. Hal ini demikian kerana Dr. Rozmey mempunyai ciri berorientasikan hasil yang kuat dalam menjalankan perniagaan sehingga berjaya mengembangkan produk syarikat beliau di bawah labelnya sendiri iaitu dR Rozmey. Beliau telah mengeluarkan beberapa produk yang telah banyak memberi hasil dan kesan yang positif kepada pelanggan produk beliau. Sebagai contoh produk di bawah jenama beliau ialah Jus Mate 5, dr-II, Dr Betes, dR Q 10 dan lain-lain lagi. Produk yang telah memberi impak yang positif dan mendapat sambutan yang baik dari pelanggan, telah mendorong Dr. Rozmey mengembangkan lagi produk keluaran syarikat beliau. Hal ini jelas membuktikan bahawa beliau mempunyai ciri berorientasikan hasil dalam diri beliau. Selain itu ciri ini dibuktikan lagi dengan kejayaan beliau mengembangkan empayar perniagaan beliau iaitu dR Rozmey Skin Care, dR Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC), dR Rozmey Body Shop, dR Rozmey Fashion, dR Rozmey Sport Wear daN  dR Rozmey Fashion, dR Rozmey Sport Wear dan d terdapat dalam diri Dr. Rozmey.







LATAR BELAKANG USAHAWAN

Dr. Rozmey merupakan seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Nama penuh beliau adalah Che Rozmey Bin Che Din. Beliau merupakan anak kelahiran kelantan iaitu di Bukit Sireh Kelantan.Beliau berusia 46 tahun dan telah berkhawin dengan Noor Halawiah Abdullah Shukri dan di kurniakan seramai 3 orang cahaya mata yang bernama Syamsul Anwar, Puteri Amylia Natasha dan Putera Amirul Hakim. Namun sedemikian setelah isteri beliau meninggal dunia pada tahun 2008 , beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Zulaifa Zulkifli.
Beliau telah mendapatkan pendidikan awal di  Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yahya Kuala kerai sebelum meneruskan persekolahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pangkalan Chepa. Setelah tamat pendidikan sekolah menengah beliau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda perubatan (MD) di Universti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1993 . Selain itu beliau juga mempunyai sarjana dalam bidang perubatan ( M. ME O & G ) juga di universiti yang sama pada tahun 1999. Sebelum terlibat dalam bidang keusahawanan di Malaysia, Dr Rozmey juga pernah menjadi seorang pakar sakit puan dan perbidanan di Malaysia.
 Beliau memulakan syarikat beliau sendiri Herba Prima Marketing di Bandar Darulaman Jaya, Jitra, Kedah Darul Aman. Selain itu beliau merupakan C.E.O kepada Jitra Specialist Sdn. Bhd. ,Jitra medical centre Sdn. Bhd.  Dan Herba Prima SDN. BHD